Resepi Keropok Lekor Dan Sos Pencicah

Memang ramai peminat keropok lekor ni terutamanya yang dibuat dari kelantan atau terengganu. Rasa ikannya yang berlemak manis ditambah pula bila dicicah sos yang pedas manis. Memang sesuai dijadikan kudapan kerana rasanya yang enak.

 

Keropok lekor ni memang sejenis makanan yang tak tahan lama, hanya bertahan beberapa hari sahaja. Itupon perlu disimpan di dalam peti ais. Kalau nak simpan lebih 2 hari, seeloknya disimpan dalam peti sejuk beku.

Disini saya kongsikan resepi membuat keropok leko r dan sos pencicah, mudah sahaja caranya. Yang penting kalau nak keropok yang sedap berlemak manis disyorkan guna ikan yang segar sahaja.

RESEPI KEROPOK LEKOR

Bahan-bahan

  • 20 ekor ikan tamban/ikan selayang
  • 2 cawan tepung sagu
  • Garam secukupnya
  • Serbuk perasa
  • 3 ulas bawang putih

Cara-cara membuatnya

  1. Cuci bersih ikan tamban, ambil bahagian isinya sahaja. 
  2. Kisar isi ikan  dan bawang putih dengan blendar kering atau food processor. Letak isi ikan yang dikisar  kedalam bekas yang sesuai.
  3. Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya, gaul sehingga semuanya sebati.
  4. Uli bahan yang dikisar bersama tepung sagu sehingga membentuk doh.
  5. Taburkan sedikit tepung sagu, bentukkan doh memanjang mengikut saiz keropok yang diinginkan. Buat sehingga habis.
  6. Didihkan air secukupnya, rebus sehingga keropok sehingga masak. Keropok yang terapung di permukaan air menandakan ia telah masak.
  7. Angkat dan toskan keropok yang telah masak. Sapu sedikit minyak masak supaya keropok tidak melekat antara satu sama lain.
  8. Sejukkan keropok sebelum boleh dipotong dan digoreng. Jika suka boleh sahaja makan keropok tanpa perlu digoreng.

 

 

RESEPI SOS KEROPOK LEKOR

Bahan-bahan sos

  • Segenggam cili kering (rebus dan toskan)
  • 2 ketul gula melaka
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 senduk cuka makan
  • 2 gelas air
  • Gula dan garam secukupnya

Cara-cara membuatnya

  1. Kisar halus cili kering dan bawang putih. Tuang bahan kisar ke dalam kuali
  2. Masukkan gula melaka, gula, garam, cuka dan air. Kacau sos sekali sekala, masak sos sehingga kuah pekat dan hilang bau cili keringnya. Gunakan api sederhana sahaja.
  3. Rasa sedikit sos, jika ada yang terkurang boleh ditambah. Matikan api dan sos pencicah siap untuk dihidangkan.

 

 

 

 

Leave a Comment