Kerabu maggi ala thai ni memang sangat sedap, ada rasa masam, manis dan pedas sedikit. Sis guna mi segera jenama serda tomyam thailand, kalau di pantai timur mudah cari mi segera ni. Biasanya maggi ni sis beli online sahaja.
Menu kerabu maggi ni sangat mudah, kalau tak ada bahan lauk tak letak pon tak apa. Tapi kalau letak pasti lebih sedap, boleh kunyah maggi bersama lauk-lauk yang sedap ini. Untuk jus limau pon sis guna jus limau nipis readymade jenama thai juga, boleh beli di pasaraya. Kalau tak ada boleh juga limau nipis fresh.
Bahan-bahan kerabu maggi
- 2 bungkus mi segera tomyam serda
- Kicap sotong
- Gula
- Jus limau nipis
- *1 biji tomato
- *5 biji cili padi
- *4 ulas bawang putih
- *Bunga kantang
- *Daun ketumbar
- *Kubis
Potong nipis bahan bertanda*
Bahan Lauk (optional)
- Udang
- Sotong
- Sosej
- Meatball
- Isi ayam
Cara-cara membuatnya
♥ Sebelum menyediakan bahan lain, sis akan menyediakan air gula dahulu. Masak 1-2 sudu gula sehingga perang dan larut. Masukkan sedikit air panas, kacau sekata dan masak hingga air gula sedikit pekat. Ketepikan dahulu.
♥ Didihkan air secukupnya celurkan bahan lauk dan mi segera sehingga masak. Celur lauk ni asing-asing ikut jenis nya, jangan letak semua. Contohnya kalau celur sotong, jangan campur isi ayam kerana kadar masak dia berbeza.
♥ Masukkan bahan celur ini kedalam mangkuk yang sesuai. Letak1 senduk air rebusan tadi supaya kerabu maggi kita tidak terlalu kering.
♥ Kemudian masukkan semua bahan yang dipotong nipis tadi ke dalam bahan yang telah dicelur.Tuang kesemua perencah dan minyak dari paket mi segera serda tadi.
♥ Masukkan jus limau nipis, kicap sotong dan air gula tadi. Bahan-bahan ini jangan masuk terlalu banyak, agak-agak dahulu, kalau terkurang boleh ditambah. Gaul sehingga sebati kesemua bahan.
♥ Bila kesemua bahan telah sebati dan cukup rasa, masukkan maggi ini ke dalam pinggan yang sesuai. Tambah limau kasturi sebagai hiasan selain boleh diperah untuk tambah masam nya.
Kerabu maggi ala thai siap untuk dihidangkan.