Resepi Kepak Ayam Madu

Kalau ke pasar malam tidak lengkap jika tidak membeli kepak ayam madu ni. Sedap buat ratah sebab ada pedas manis sos nya, rasa ayam nya juga tidak memuakkan. Tapi kalau tengok harga boleh tahan beli sedikit memang tak cukup kan.

Jadi boleh cuba buat sendiri dirumah, boleh makan puas-puas, bahannya pun mudah sahaja. Sis kongsikan resepi ayam kepak madu ala pasar malam berserta sos nya yang padu sekali.

BAHAN-BAHAN MEMBUAT KEPAK AYAM MADU

•10 ketul kepak ayam (cuci bersih dan toskan)

•6 ulas bawang putih

•1 inci halia

•4 sudu besar madu

•2 sudu gula perang / gula putih

•2 sudu sos tiram

•2 sudu sos bbq

•2 sudu serbuk cili

•2 sudu kicap lemak manis

•1 sudu sos lada hitam

•1 kiub pati ayam

•Pewarna merah

•Sedikit garam

CARA-CARA MEMBUAT KEPAK AYAM MADU

°Ambil kepak ayam yang telah ditoskan tadi cucuk sedikit menggunakan garfu, tujuannya supaya bahan perapan nanti akan lebih senang meresap. Kemudian letakkan ayam tadi kedalam mangkuk yang bersesuaian.

°Tumbuk lumat bawang putih dan halia tadi. Gaul sebati didalam kepak tadi.

°Seterusnya masukkan kesemua bahan perapan lain kecuali garam dan pewarna. Gaul sebati kesemua bahan-bahan ini.

°Selepas itu boleh letakkan pewarna, yang ni pandai-pandai agak sahaja. Selepas itu masukkan garam gaul sebati lagi.

°Kemudian boleh cuba rasa sedikit bahan perapan ini. Kalau ada rasa yang terkurang boleh ditambah.

°Tutup mangkuk dengan plastik raping, perap semalam didalam peti ais agar bahan marinate ini dapat menyerap sempurna kedalam isi ayam nanti.

°Kemudian bakar ayam didalam air fryer atau oven sehingga masak. Ketika proses membakar sapu sedikit minyak atau butter yang dicairkan supaya ayam kelihatan berkilat.

BAHAN-BAHAN UNTUK SOS KEPAK AYAM MADU

•Baki bahan perapan

•1 sudu sos bbq

•1 sudu kicap lemak manis

•1/2 potong gula melaka

•1 cawan air

•1 sudu cuka makan

•1 sudu tepung jagung (untuk memekatkan sos)

CARA-CARA MEMBUAT SOS KEPAK AYAM MADU

°Masukkan kesemua bahan-bahan ini kedalam kuali, kacau hingga gula melaka larut sepenuhnya. Letak sedikit garam sahaja kerana sos ni pun sudah ada rasa masin.

°Bila sos sudah mencapai tahap kepekatan yang diinginkan bolehlah matikan api.

 

 

Leave a Comment