Ketupat Sotong Kelantan

Assalamualaikum dan hai semua.

Ketupat sotong merupakan sejenis menu unik dari pantai timur yang sangat sedap.Bahan asasnya adalah sotong dan pulut dimana pulut yang telah direndam dengan santan akan disumbat kedalam perut sotong sebelum dimasak.

Menu ini mempunyai dua versi dimana untuk versi kelantan ia bewarna sedikit perang gelap kerana menggunakan gula melaka atau nise,rasanya lemak dan sedikit manis.Manakala bagi versi terengganu pula ia bewarna putih dan mempunyai rasa lemak masin.

Perlu diingatkan ketika menyumbat beras pulut kedalam perut sotong,jangan isi terlalu penuh.Bimbang nanti ketika dimasak nanti perut sotong pecah,selain boleh membuat pulut didalamnya mentah. Tinggalkan sedikit ruang kerana beras pulut akan mengembang.Jangan lupa juga memilih sotong yang segar untuk rasa yang lebih enak.

Disini saya kongsikan resepi ketupat sotong versi kelantan.Sesekali kita pasti teringin ingin menikmati makanan-makanan manis.Kalau dihidangkan sebagai pencuci mulut istimewa untuk keluarga  pasti membuat anak-anak dan suami sentiasa teringat-ingat.Jom kita lihat resepi ini.

BAHAN-BAHAN

•1 kilo sotong

•1 kotak santan

•3 ketul gula melaka

•Pencungkil gigi secukpnya

•1 cawan beras pulut

•10 helai daun pandan

•Garam

CARA MEMBUATNYA

1) Basuh beras pulut sebersihnya dan rendam seketika dengan sedikit santan dan garam.Lebih sedap kalau guna pulut susu kerana pulut susu lebih lembut dan gebu.

2) Basuh sotong sebersihnya,buang tulang dan dakwat hitamnya.Gunakan pemegang sudu atau chopstick untuk membersihkan bahagian didalam perut sotong.

3)Kemudian toskan airnya, bolehlah diasingkan bahagian badan dan kepalanya.

4) Ambil sotong yang telah dibersihkan tadi, gunakan sudu kecil, masukkan beras pulut tadi sehingga separuh badannya.Jangan isi beras pulut terlalu penuh.

5) Ambil kepala sotong dan masukkan ke dalam badan yang berisi beras pulut tadi.Cucukkan pencungkil gigi depan dan belakang kepala.Ulang sehingga semua sotong telah diisi dengan beras pulut.

5) Di dalam periuk, lapik bahagian dasarnya dengan daun pandan sehingga melitupi kesemuanya.Susun sotong hingga memenuhi ruang dasar dan tindan perlahan di atasnya.

6) Masukkan santan tadi bersama sedikit garam,gula melaka dan sedikit air.Masak guna api yang kecil, tutupkan periuk dan masak selama 30-45minit.Bila kuahnya sedikit berkilat itu tandanya pulut didalam sotong telah masak.

 

Leave a Comment