Resepi Sotong Bakar Ala Thai Dengan Sos Padu

Resepi sotong bakar dengan sos buatan sendiri ini boleh dicuba dirumah.Proses penyediaan pun tidak mengambil masa yang lama.

BAHAN UNTUK SOS PEDAS THAI

• 5 biji cili padi merah

• 5 biji cili padi hijau

• 2 sudu sos ikan@nampla

• Akar ketumbar

• 1 sudu gula

• 2-3 biji limau kasturi

• 3 ulas bawang putih

•1 biji bawang merah (cincang halus)

• Hirisan daun ketumbar

CARA MEMBUAT SOS UNTUK SOTONG BAKAR

°°Tumbuk bawang putih,gula,cilipadi merah dan hijau bersama akar ketumbar sehingga separa lumat.Masukkan bahan yang ditumbuk kedalam mangkuk yang sesuai.

°°Kemudian perah jus limau kasturi dan beberapa titis sos ikan.Masukkan daun ketumbar dan bawang merah yang dicincang. Gaul sebati dan tambah garam jika perlu.

BAHAN-BAHAN (UNTUK DISUMBAT DALAM SOTONG)

•2 ekor sotong bersaiz besar (bersih dan toskan)

•5 ekor udang bersaiz sedang (cincang kecil)

•1 biji bawang hooland ( potong dadu)

•2 ulas bawang putih ( diracik halus)

•Serbuk lada putih

•1biji telur

•Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA

°°Panaskan sedikit minyak  dan tumiskan bawang hooland, bawang putih sehingga layu. Masukkan serbuk lada putih dan isi udang yang dicincang. Masak hingga udang masak dan bewarna perang keemasan.

°°Kemudian pecahkan telur kedalam kuali supaya bahan melekat antara satu sama lain. Perasakan dengan garam dan biarkan sejuk seketika.

°°Sumbat bahan-bahan ini kedalam sotong dan tutup sotong dengan kepalanya. Cucuk sotong dengan pencungkil gigi supaya inti tidak terkeluar ketika dibakar.

°°Ambil pemanggang sapu sedikit minyak dan grill sotong sehingga masak.Kemudian angkat sotong dan kelar sedikit dibahagian atasnya.Tuangkan sos keatasnya dan siap untuk dinikmati.

 

Leave a Comment