Resepi Buko Laici Menu Penyejuk Tekak Yang Menyegarkan

Biasanya kita dengar buko pandan tapi kali ni saya nk kongsi Resepi Buko Laici Penyejuk Tekak Yang Menyegarkan, resepi ini juga merupakan ilham dari resepi pemanis mulut yang berasal dari Filipina iaitu buko pandan yang mempunyai pelbagai variasi yang mengabungkan dari kelapa muda.

 

Resepi ini mengabungkan rasa manis laici dan agar-agar perisa sirap berserta sago yang menambahkan rasa kenyal sambil menghirup campuran manis laici dan susu, hidangan pemanis mulut ni juga sedap untuk dijadikan sebagai minuman buka puasa atau hari raya hanya perlu lebihkan air dan susu, pasti digemari keluarga dan tetamu

Bagi yang mahukan kelainan, boleh olah sendiri resepi ini dengan menambah dengan buahan manis seperti mangga madu atau buahan manis yang lain mengikut kreativiti sendiri, bagi yang tak berapa gemar laici boleh juga mengunakan longan dalam tin

Bahan-bahan Membuat Buko Laici
  1. 1 Tin Laici Segera
  2. 1 Tin Susu Sejat
  3. 3 Sudu Susu Pekat (campurkan susu pekat dan susu sejat bersama)
  4. 1 Cawan Biji Sago (Rendam dengan sirap atau pewarna merah)
  5. 10g Serbuk Agar-Agar
  6. Pewarna merah
  7. 1 Cawan Air
  8. Ais secukupnya
Langkah-langkah Membuat Buko Laici
  • Keluarkan dan asingkan semua buah laici dari tin
  • Tuang air laici ke dalam jug (untuk lebih mudah) dan tambahkan 1 cawan air
  • Tambahkan sedikit pewarna merah
  • Air laici dalam tin sudah sedia manis ya tapi jika suka atau nak buat kuantiti air yang lebih , boleh tambahkan gula atau susu pekat
  • Masukkan serbuk agar-agar dan kacau sehingga gula dan serbuk agar-agar larut
  • Masukkan ke dalam periuk dan didihkan sehingga campuran sebati
  • Tuang ke dalam loyang dan biarkan sejuk, tutup dan ketepikan
  • Langkah seterusnya masakkan sago yang direndam tadi.
  • Setelah sago masak masukkan ke dalam penapis dan siram air untuk membuang lebihan kanji, masukkan ke dalam bekas dan ketepikan.
  • Potong agar-agar dan masukkan ke dalam mangkuk yang akan dihidangkan
  • Tambahkan sago dan buah laici
  • Ambil susu pekat dan susu sejat yang telah dicampur dan tuang dengan perlahan
  • Boleh tambah sumi, nata de coco, atau buah koktel untuk lebih rasa segar dan lebih manis
  • Tambahkan ais atau sejukkan dalam peti ais sebelum dihidangkan.

Inilah resepi mudah untuk membuat pemanis mulut buko laici yang menyegarkan. Selamat mencuba resepi ini dan semoga anda dapat menikmati hidangan ini bersama keluarga dan tetamu..jangan lupa lihat resepi lain ya terima kasih.

Leave a Comment