Jejari ketam ni sangat rangup dan sedap, sesuai dijadikan kudapan seharian. Mudah sahaja resepi ini hanya guna 3 bahan asas. Tambah daun kari sebagai penambah rasa, selain daun kari boleh memberi aroma wangi pada kerepek jejari ketam kita nanti.
Sis campurkan dua jenis tepung bestari untuk menyeimbangkan rasanya. Kalau anda suka pedas tak perlu campurkan dua jenis tepung. Cukup gunakan tepung bestari spicy sahaja. Garam pon tak perlu diletakkan kerana tepung bestari memang sudah cukup rasa masinnya.
Bahan-bahan
- Crab stick secukupnya
- Tepung bestari spicy
- Tepung bestari original
- Daun kari
- Minyak masak
Cara-cara membuatnya
- Defrost dahulu crab stick, kemudian carik-carikkan sehingga habis.
- Kemudian campurkan tepung bestari original, tepung bestari spicy dan daun kari secukupnya . Gaul biar semua bahan ini sebati.
- Renjiskan sedikit air pada pada isi ketam yang telah dicarik tadi supaya senang melekat pada tepung.
- Masukkan isi ketam yang telah dicarik kedalam bekas atau tupperware yang boleh ditutup. Taburkan tepung secukupnya.
- Tutup tupperware kemudian shake sedikit supaya semua bahan melekat sebati.
- Panaskan minyak secukupnya, bila minyak sudah betul-betul panas masukkan isi ketam.
- Goreng sehingga isi ketam garing kekuningan, boleh di angkat dan toskan minyaknya.
- Pastikan jejari ketam sejuk dahulu sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
Sedia dinikmati pada bila-bila masa.
Nota
√ Kalau ada serbuk cheese, paprika atau apa-apa perisa boleh juga ditaburkan ke atas jejari ketam ini sebagai penambah perisa.
√ Untuk versi sihat tanpa minyak, boleh juga masak guna air fryer sahaja.