Tumpi kacang dhal ini boleh juga digunakan untuk membuat rempeyek kacang tanah. Cuma bezanya kalau buat rempeyek kacang tanah, gantikan sahaja taburan kacang dhal kepada kacang tanah.
Nak buat tumpi kacang dhal ni memang agak memakan masa dan tenaga. Kena sabar sikit mengadap kuali yang panas, lagi terasa kalau buat berdiri. Sebab itulah harganya pon boleh tahan juga mahalnya.
Buat tumpi kacang dhal ni mudah sahaja, tak perlu acuan pon, cukup sekadar tuang bancuhan tepung di tepi kuali.Kalau ada acuan rempeyek boleh juga digunakan untuk menghasilkan rempeyek kacang dhal. Kalau guna acuan memang nampak lebih kemas dan cantik terbentuk bulatnya.
Jom cuba resepi rempeyek kcang dhal ini ini dirumah,senang sahaja caranya, modal pon tidak lah besar mana. Boleh lah buat kudapan untuk suami dan anak-anak. Silap-silap boleh buat jualan lagi.
Bahan-bahan
- 500 gram tepung beras cap teratai (untuk hasil rempeyek yang rangup)
- 1 kotak kecil santan
- 1 biji telur
- Garam secukup rasa
- 1 sudu kecil air kapur (optional)
- Minyak masak
- 400 gram kacang dhal (rendam semalaman kemudian toskan airnya)
- Air secukupnya
Bahan tumbuk halus
- 3 ulas bawang putih
- 2 sudu ketumbar
- 2 sudu jintan manis
- 1 sudu jintan putih
- 1 inci kunyit hidup
- Segenggam ikan bilis
Cara-cara membuatnya
♥ Satukan tepung beras dan bahan yang ditumbuk halus.
♥ Masukkan santan, telur,air kapur, garam dan air secukupnya. Kacau sehingga semuanya sebati dan tidak berketul.
♥ Panaskan minyak masak, ambil 1 senduk bahan bancuhan dan masukkan kacang dhal secukupnya.
♥ Kemudian tuangkan adunan di keliling tepi kuali. Simbah sedikit minyak panas supaya tumpi senang tanggal dari kuali.
♥ Bila tumpi dah tertanggal goreng tumpi sehingga garing atau bewarna kuning keemasan. Angkat dan toskan.
♥ Buat sehingga bahan bancuhan habis.
♥ Tumpi yang sudah siap boleh disejukkan dahulu sebelum dimasukkan kedalam bekas kedap udara.
Nota
√ Guna kuali yang besar supaya tumpi lebih senang digoreng.
√ Boleh juga menggunakan dua kuali dimana satu kuali untuk membentuk tumpi satu kuali lagi untuk menggoreng tumpi sehingga garing. Cara ini membantu proses menggoreng yang lebih cepat.