Kalau ke pasar malam, memang tidak sah kalau tak beli ayam gunting ni. Sedap rasanya lagi-lagi kalau makan bahagian kulitnya yang rangup dan berperisa. Bukan setakat digemari oleh anak-anak, orang dewasa pon ramai yang menyukai ayam gunting ini. Biasanya kedai yang menjual ayam gunting ni memang selalu beratur panjang juga.
Kalau buat sendiri ayam gunting ni, serbuk untuk taburannya boleh diletak mengikut selera. Bukan setakat itu, kalau nak tukar perasa apa pon boleh. Tambahan pula sekarang ni nak beli serbuk perasa ni senang nak dapat. Boleh pilih perisa paprika, spicy, cheese, tomyam dan sebagainya.
Paling penting kalau nak buat ayam gunting ni mesti guna bahagian dada kerana tidak bertulang, senang untuk diperap dan digunting nanti.
Bahan untuk perapan
- Dada ayam (dipotong nipis)
- Sos tiram
- Sos lada hitam
♥ Gaul sebati bahan-bahan ini dan perapkan selama 30 minit atau lebih.
Bahan-bahan untuk salutan
- Tepung bestari spicy
- Tepung beras
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- Serbuk roti
- Telur
Bahan-bahan serbuk/taburan
- Serbuk kari
- 1 kiub pati ayam
- 1-2 sudu gula
♥ Kisar kesemua bahan ini sehingga sebati menggunakan blander kering.
Cara-cara membuat ayam gunting
- Campurkan tepung bestari dan tepung beras, gaul biar sebati dan sekata.
- Salutkan ayam dengan bahan salutan, tepuk-tepuk sedikit supaya tepung melekat pada isi ayam.
- Kemudian celup dada ayam ini dengan telur kemudian salut ke atas serbuk roti.
- Seterusnya gorengkan ayam di dalam minyak yang betul- betul panas, goreng sehingga perang keemasan. Angkat dan toskan.
- Taburkan serbuk perasa menyelimuti ke seluruh bahagian ayam yang sudah digoreng tadi.
- Akhir sekali gunting ayam mengikut saiz yang disukai dan siap untuk dinikmati.
Nota
√ Serbuk untuk taburan (paprika/ spicy/ cheese/ tomyam) juga boleh dibeli readymade dari kedai-kedai frozen atau secara online.
√ Untuk rasa yang lebih sedap, cucuk-cucukkan dada ayam dengan garfu sebelum diperap supaya rasanya lebih menyerap ke dalam isi ayam.
√ Masa menggoreng ayam guna minyak yang banyak dan api sederhana sahaja supaya ayam tidak mudah hangit.