Apa Itu Atome, Cara Menggunakan Dan Mengelakkan Ban

Apa Itu Atome, Cara Menggunakan Dan Mengelakkan Ban
Kepada para pengguna yang baru ingin menggunakan kaedah pembayaran menerusi Atome payment installment, semestinya ingin mengetahui caranya. Kami akan kongsikan kepada anda cara membuat pembelian menerusi platform ini dan membayarnya mengikut tarikh-tarikh yang ditetapkan tanpa sebarang faedah dan bayaran perkhidmatan, semoga membantu.

APA ITU ATOME PAYMENT

Atome payment merupakan satu platform yang menawarkan perkhidmatan pembayaran secara ansuran. Ia adalah rancangan pembayaran ansuran masa pendek yang diperkenalkan bertujuan untuk menggalakkan urus niaga perniagaan sekaligus meningkatkan ekonomi negara.

MUAT TURUN APLIKASI ATOME PAYMENT Rakyat boleh memuat turun aplikasi ini melalui pautan berikut:

Apple Appstore /Google Playstore

KELEBIHAN ATOME PAYMENT INSTALLMENT

Berikut adalah antara kelebihan yang akan diperolehi:

  1. Pengguna boleh membuat pembayaran ansuran dan mengurangkan beban kewangan pengguna semasa membuat pembelian.
  2. Semua transaksi urus niaga dapat dijalankan dengan mudah.
  3. Pengguna hanya perlu membayar ansuran pertama dan menerima barangan sebelum membuat bayaran seterusnya.
  4. Meningkatkan kuasa membeli pengguna serta meningkatkan ekonomi negara.
  5. Pengguna tidak dikenakan faedah atau bayaran perkhidmatan tambahan.

HARGA DAFTAR ATOME PAYMENT Peniaga yang berdaftar untuk menjadi rakan kongsi syarikat Atome ini tidak dikenakan kos pendaftaran Atome. Namun, syarikat Atome mengenakan bayaran kadar diskaun pedagang (MDR) bagi setiap transaksi pembelian pengguna.

SYARAT KELAYAKAN ATOME PAYMENT

Berikut adalah syarat kelayakan untuk mendaftar dan menggunakan aplikasi ini:

  1. Pengguna mestilah warganegara Malaysia.
  2. Pengguna mestilah berumur 18 tahun ke atas.
  3. Nombor telefon pengguna yang didaftarkan mestilah aktif.
  4. Kad debit/kredit yang digunakan mestilah kad bank yang dikeluarkan oleh institusi kewangan.

CARA DAFTAR ATOME PAYMENT INSTALLMENT Kepada individu yang layak, berikut adalah cara pendaftaran:

  1. Buka aplikasi Atome atau layari laman https://www.atome.my
  2. Pada paparan utama, klik pada daftar/Register.
  3. Masukkan nombor telefon dan klik Seterusnya.
  4. Masukkan kod pengesahan yang diterima melalui SMS pada ruangan yang disediakan.
  5. Halaman menu utama akan dipaparkan kepada pengguna.
  6. Klik pada bahagian Pay.
  7. Pengesahan pengguna perlu dibuat dengan mengisi maklumat peribadi pengguna dengan lengkap dan betul.
  8. Masukkan maklumat kad debit/kad kredit pengguna untuk melengkapkan pendaftaran.
  9. Pendaftaran Atome Malaysia berjaya.
CARA LOGIN ATOME PAYMENT INSTALLMENT

Setelah proses pendaftaran selesai, berikut adalah cara log masuk bagi pengguna kali pertama:

  1. Buka aplikasi Atome atau layari laman https://www.atome.my.
  2. Masukkan nombor telefon anda dan klik Seterusnya.
  3. Kod pengesahan akan dihantar kepada pengguna. Masukkan kod tersebut pada ruangan yang disediakan dan klik Log Masuk.
  4. Halaman utama Atome akan dipaparkan selepas anda berjaya akses portal Atome Malaysia login.
CARA BELI BARANG GUNA ATOME PAYMENT INSTALLMENT

Berikut adalah cara pembelian menggunakan platform ini, sama ada pembelian atas talian atau di kedai fizikal yang menawarkan perkhidmatan Atome:

  1. Bagi pembelian atas talian, pengguna perlu memilih kaedah pembayaran menerusi aplikasi Atome ketika membuat pembayaran barangan yang dibeli.
  2. Kaedah pembayaran ini akan dipaparkan di laman sesawang rasmi peniaga yang berdaftar dengan syarikat Atome.
  3. Pengguna yang memilih pembayaran ansuran menerusi aplikasi Atome akan dihubungkan ke aplikasi Atome untuk membuat bayaran.
  4. Jadual pembayaran akan dipaparkan mengikut bulan dari tarikh pembelian.
  5. Ansuran pertama akan ditolak daripada akaun bank pengguna, dan pembayaran seterusnya adalah dalam tempoh 30 hari seterusnya.
TEMPOH BAYARAN BALIK ATOME PAYMENT

Aplikasi Atome ini menawarkan ansuran untuk tiga (3) bulan sahaja. Ini kerana aplikasi ini adalah platform pembayaran ansuran jangka masa pendek. Pembayaran pertama akan ditolak daripada akaun pelanggan pada hari pembelian dilakukan dan pembayaran seterusnya adalah dalam tempoh 30 hari.

Bagaimanapun, ansuran selama enam (6) dan dua belas (12) bulan hanya ditawarkan pada urus niaga tertentu sahaja.

KADAR HAD ATOME PAYMENT INSTALLMENT

Terdapat had kredit yang ditetapkan oleh Atome kepada pengguna Kad Debit & Kad Kredit:

  1. Kad Debit: RM1500
  2. Kad Kredit: RM5000 Nota: Had kredit ini boleh meningkat mengikut rekod pembayaran yang baik.
SOALAN LAZIM (FAQ) ATOME PAYMENT INSTALLMENT
Kenapa Pembayaran Atome Gagal? “we are unable to process your payment”
  1. Pengguna telah membuat pembelian melebihi had kredit yang ditetapkan.
  2. Terdapat tunggakan pada pembelian sebelumnya yang menyebabkan masalah Atome debit card declined.
  3. Membelanja melebihi had kredit kad bank pengguna.
  4. Sistem Atome telah mengesan risiko pembayaran pada akaun bank pengguna.
Kenapa Atome Account Kena Blocked?
  1. Pengguna menghadapi masalah dalam membuat pengesahan identiti.
  2. Maklumat yang didaftarkan palsu, menyebabkan identiti pengguna tidak boleh disahkan.
  3. Terdapat tunggakan pembayaran pada pembelian pengguna pada bulan-bulan sebelumnya.
  4. Berlakunya aktiviti penipuan di platform Atome.
Apakah kesan Lambat Bayar Atome?
  1. Jika pengguna gagal membuat bayaran mengikut yang ditetapkan, tunggakan bayaran akan berlaku.
  2. Setiap tunggakan yang dilakukan oleh pengguna akan dikenakan caj pentadbir sebanyak RM30 setiap bayaran tertunda.
  3. Caj pentadbir disebabkan kegagalan membayar tunggakan akan meningkat sehingga maksimum RM60 setiap pesanan.
  4. Jika pengguna masih gagal membuat bayaran tunggakan dalam tempoh yang terlalu lama, akaun Atome pengguna berkemungkinan akan dibekukan sehingga tunggakan diselesaikan. Selain itu, akaun Atome pengguna juga berkemungkinan disekat.

Leave a Comment